by Muna Mahira

Preview: Aku Yang Menantimu

Aku Yang Menantimu Bahagia. Bertahun-tahun bibir mekar dengan senyuman indah. Bibir yang sentiasa membisikkan cinta dan setia pada nakhoda sebuah rumah tangga. Malang sekali bahagia itu cuma wujud di antara seorang isteri dan suami. Tiada kewujudan si kecil yang diharap-harapkan. Membuat dunia mereka terasa sepi. Tidak tahu di mana salahnya. Kenapa hingga ke hari ini mereka masih belum diberikan tanggungjawab itu untuk dipikul. Tidak layakkah mereka? Bila jawapan itu muncul, bersediakah mereka untuk berdepan dengan kebenaran? Akan hancurkah rumah tangga yang selama ini tidak pernah berantakan? Penulis: Muna Mahira Terbitan: Permata Hiraz BELI E-NOVEL Prolog SEHIDUP semati itu mungkin mustahil. Tapi selagi nyawa masih dipinjamkan Tuhan… Timi akan setia di sisi abang,” ucapku mengungkap janji. Indah kedengaran di telinga seorang suami.  “Setia? Cukup dengan setia, hurm?”  Suara garau sang suami berbisik lembut. Mempersoalkan kesudian seorang isteri untuk sentiasa berada di sisi suami yang menjadi pilihan hati.  “Tak cukup?”  Soalan kubalas dengan soalan. Senyuman mekar melata di bibir.  Berani benar dia mempersoalkan kesudian seorang isteri untuk kekal setia hingga ke hujung nyawa. Itu tanda cinta yang melata di hati ini. Sentiasa ingin bersama dia sampai aku menutup mata. Atau dia yang akan lebih dulu pergi. Tiada kepastian di situ. Yang nyata aku ingin meniti hari tua bersama dia.  Soal ajal dan maut menjadi satu misteri hingga tiba saat Izrail datang menjemput. Tiada siapa yang tahu.  “Abang mahukan lebih dari tu, sayang,” bisik dia lembut di cuping telingaku. Bisikan yang mampu menggetarkan sekeping hati. Buat bibir merekah sendiri.  “Hurm, apa lagi yang abang mahu?” soalku meletakkan jari telunjukku di dahi. Kononnya cuba berfikir. Menelah keinginan hati dia.  Apa lagi yang dimahukan dia? Segalanya sudah kuserahkan kepada dia. Jiwa dan raga.  Aku tak punya harta. Hanya sekeping hati dan tubuh untuk dimiliki seorang suami. Itu sahaja yang mampu kuberikan. Dan aku tahu itu sahaja yang dia mahukan.  Sang suami tersenyum penuh makna. Tidak memberi jawapan pada soalan itu. Sebaliknya kaki yang tadi menjejak lantai kini sudah tergantung di awangan dek tiba-tiba sahaja ditarik ke dalam rangkulan lelaki tinggi lampai itu.  Senyuman yang mekar di bibir bertambah mekar kala berada di dalam rangkulan hangat dia. Kepala kulentokkan di bahu lebar dia. Membiarkan dia membawaku ke tilam empuk.  Adakala tak semuanya perlu diungkap dengan kata-kata. Setiap sentuhan mampu menyampaikan apa yang berada di sekeping hati. Sentuhan yang mampu tembus ke dalam seluruh urat nadi.   Bulan yang mengambang penuh menjadi saksi perjalanan cinta aku dan dia. Menjadi saksi kehangatan asmara yang terus membara. Bab 1 “TAK nak balik, hurm?” soal dia lembut. Memahami apa yang bermain di hati seorang isteri ketika ini.  Aku mengangguk perlahan. Mengiakan bicara dia. Rangkulan di pinggang dia kukejapkan. Menunjukkan betapa aku ingin terus melekat di sisi dia.  Sungguh aku tidak mahu pulang. Masih ingin meneruskan percutian bersama dia. Menghabiskan masa berdua tanpa gangguan sesiapa.  Sepasang mata hitam membuang pandang ke lautan biru yang membawa kedamaian di hati. Mampu membuat manusia lupa tentang masalah kehidupan walau untuk seketika cuma. Membawa ilusi yang dunia ini begitu indah.  “We can come again,” tutur dia memujuk lembut.  Aku tersenyum tawar. Walau berat aku tahu aku tidak boleh mementingkan diri. Sedar akan tanggungjawab di bahu dia.  Dia sudah mengambil masa seminggu untuk membawaku bercuti. Meninggalkan syarikat yang dalam proses berkembang maju. Syarikat yang memerlukan perhatian si pemiliknya.  Terletus keluhan berat di bibir. Berat untuk kembali ke ibu kota.  “Okey. Abang kena ingat janji abang,” tingkahku tegas. Mahu dia sentiasa meletakkan aku di dalam perancangan dia. Jangan sampai terlupa hanya kerana syarikat yang berada di dalam keadaan genting bila semakin berkembang pesat.  Aku isterinya. Perlu berada di tangga tertinggi. Sebelum syarikat dia wujud, aku sudah lama berdiri di sisi dia.  Ya, dia bukannya pewaris syarikat. Dia merangkak dari bawah. Membina syarikat hasil dari titik peluh sendiri. Tidak mengharapkan bantuan sesiapa.  Syarikat yang semakin berkembang pesat usianya cuma setahun jagung. Terlalu mentah. Namun membawa keuntungan yang lumayan dek berada di tangan si pemilik yang hebat mengatur rancangan. Sentiasa mengikut jalan yang diatur tanpa gagal.  Dan ketika ini syarikat terlalu memerlukan dia bila mula mengembangkan sayap ke daerah lain. Sebelum dia benar-benar sibuk, dia membawaku bercuti. Tanda tidak pernah melupakan aku. Memikirkan itu buat senyuman kembali berbunga di bibir. Menjadi manusia tidak boleh terlalu tamak. Perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki.  “Tak percayakan abang, hurm?” soal dia bersulam nada amaran.  Dia sama sekali tidak membenarkan keraguan timbul di hatiku. Mahu kutahu betapa dia mencintai aku. Betapa cinta dia tidak pernah berubah walau bertahun telah berlalu.  “Percaya. Percaya sangat,” tekanku tidak mahu dihukum dia. Kalau aku berani meragui, aku sendiri yang akan menerima padahnya.  Aku tidak mahu mengalami kesukaran untuk turun dari katil malam ini. Masih sayangkan kaki dan pinggang sendiri.   “Good girl.”  Jari telunjuk dia mendarat di hidung mancungku sebelum digantikan dengan bibirnya. Kemudian bibirku pula yang menjadi mangsa.  Aku tidak menolak. Malah membalas kucupan dia tanpa silu. Menikmati kemanisan berumah tangga. Menghangatkan malam-malam yang akan berlalu. Menjadi memori yang akan dikenang di kala usia semakin senja.   OH, MY BACK!!! Aku hampir menjerit nyaring kala melangkah turun dari katil. Mata menjeling tajam pada sang suami yang menjadi punca. Terlalu ‘mengganas’ hinggakan aku yang terpaksa menanggung ‘seksanya.’ Dia sudah siap membersihkan diri. Berdiri di pintu bilik air dengan hanya tuala putih di pinggang.  Titisan air di hujung rambut menghasilkan imej yang sangat menguja jiwa. Mampu membuat hati seorang isteri lari ritmanya. Malah buat aku pula yang terasa ingin menyerang.  Ish, miang! Kurenung seraut wajah kacak dia sebelum melorot turun ke tubuh berotot yang membuat liur terasa kecur tiba-tiba. Tubuh yang sentiasa mampu menggoda nafsu seorang isteri.  Namun kala memikirkan ‘serangan’ yang terpaksa kuhadap semalam, rasa miang menghilang begitu sahaja. Aku tidak mahu bermain dengan api. Yang terbakar tentunya diri sendiri.  Aku masih ingin berjalan secara normal. Masih sayangkan pinggang yang ingin digunakan bertahun-tahun lamanya. Lalu nafsu yang terusik kutenangkan kembali.  Tangan pantas mencapai tuala. Membiarkan baju tidur merah di tubuh melorot ke lantai sebelum membalut tubuh dengan tuala putih. Bersedia ke bilik air. Subuh masih panjang. Aku perlu bergegas membersihkan diri untuk sujud di sejadah. Menjalankan kewajipan

Aku Yang Menantimu

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz AKU YANG MENANTIMU RM18.00 Add to basket

Preview: Bukan Mahuku

Bukan Mahuku Perkahwinan ini tidak sepatutnya berlaku. Tidak patut! Hubungan suci perlu disulam dengan cinta yang mampu membuai rasa. Penuh bicara indah. Itu yang diinginkan setiap gadis. Malangnya buat Nur Atiya bila dirinya berakhir di tangan lelaki yang hanya menganggapnya sebagai boneka. Bukan isteri untuk dikasihi. Di mana silapnya? Dia hanya ingin menganyam cinta bersama kekasih hati. Bukan terdera di tangan seorang suami. Penulis: Muna Mahira Terbitan: Permata Hiraz BELI E-NOVEL Prolog “APA lagi yang you nak? Puas hati you sekarang, kan?” jerit sang isteri melampiaskan amarah yang berbuku di dada. Amarah yang sebenarnya ditujukan pada diri sendiri. Salahnya sendiri yang bodoh menilai. Bukan salah lelaki itu yang sengaja membongkar kebenaran di hadapannya.  Biarpun dia tahu lelaki itu hanya berbuat begitu demi ingin mendera hati dan perasaannya, dia hanya mampu memarahi diri. Dia yang begitu mudah percaya.  “Marah?” soal sang suami. Dingin dan sinis nada yang menyapa telinga. Seolah tuduhan sang isteri tidak berbekas padanya. Tidak langsung tertera di mata.  Sepasang mata merenung tajam sesusuk tubuh genit yang kelihatan begitu lemah ketika ini. Ibarat helang memerhatikan mangsa.  Sampai sahaja di rumah nanti akan diajar supaya kenal siapa sebenarnya suami di mata gadis itu. Biar sepasang mata yang kini kabur dengan air mata hanya kenal wajah suami sendiri. Bukan lelaki lain! Drama yang sengaja dipertontonkan di hadapan gadis itu sudah tamat. Tiba masa untuk mengajar isterinya hakikat sebenar.  Si isteri membuang pandang ke luar tingkap kereta. Air mata terus setia membasahi wajah. Harapan yang berkecai meluluhkan hati. Memadamkan sebarang cahaya di dalam hidup. Dunia terasa kelam ketika ini. Dia ibarat orang buta yang kehilangan tongkat. Walaupun dia sendiri cuba memadam harapan di hati Fahim, namun jauh di sudut hati cinta yang bertahun-tahun dibaja masih membara menanti masa untuk marak membakar.  Mungkin secebis hati yang degil masih mengharap dapat pulang ke pangkuan lelaki itu. Menyambung kisah yang tertangguh. Apa yang perlu dilakukan selepas ini? Ke mana langkah yang perlu dituju? Atau dia hanya mampu terus kekal di sisi lelaki yang langsung tidak punya hati dan perasaan?! Bibir bergetar hiba. Tidak mampu menyuarakan sebarang tuduhan terhadap lelaki di sisi. Dia lelah dengan permainan perasaan. Dia hanya ingin memejam mata. Cuba memadam kepahitan yang menyesak dada.  Mata dipejam rapat. Bibir mengukir senyum. Senyuman mengejek diri. Mempersoalkan kelemahan sendiri. Salahkah jika dia mengharap cinta yang indah? Salahkah jika dia ingin dikasihi dan mengasihi? Perlukah dia hidup di dalam hubungan yang beku tanpa kehangatan kasih seorang suami?  Tiba-tiba tawa meledak di bibir merah itu. Tidak tahu apa yang lucu. Menimbulkan kerutan di dahi sang suami.  Tawa terus bergema. Tidak peduli pada reaksi lelaki di sisi. Tawa yang bersulam lara. Mengusik hati mereka yang mendengar. Cinta. Begitu sukarkah untuk digapai?  Dia masih ingin percaya yang cinta itu wujud untuknya. Tentu sahaja takkan hadir dari lelaki beku di sisi. Sebaliknya dia perlu membebaskan diri. Tidak perlu terus menyeksa diri. Cukup setakat ini.  “Tak perlu buang masa you. I takkan berikan apa yang you nak,” deram sang suami bagai dapat membaca fikiran sang isteri. Memadam segala harapan yang baru melata. Memasak kemas kenyataan yang dia takkan sesekali melepaskan isterinya itu. Never! Bab 1 “BEAST!” jeritnya sakit hati. Air mata yang berjurai tidak dipedulikan. Luluhnya hati ketika ini menguasai diri. Mata merenung benci lelaki yang telah merosakkan segalanya. Sesungguhnya dia benci pada lelaki yang tidak punya hati itu. Lelaki yang begitu kejam mengheretnya ke dalam sebuah perkahwinan sepi. Dingin tanpa sebarang rasa.  Segala mimpi yang pernah dianyam berkecai begitu sahaja. Malam pertama yang diangankan penuh dengan keindahan hanya berakhir dengan satu hubungan seksual, sepi tanpa kehadiran cinta yang membuai rasa.  Dia mendambakan malam yang sempurna. Mengharapkan bicara cinta seorang suami mengusik tasik hati.  Malangnya, bukan itu yang berlaku. Malam yang sepatutnya menjadi penyatuan dua hati dan jiwa kini cuma penuh dengan amarah dan benci.  Dia teresak sendiri. Menangisi nasib diri. Seluruh tubuhnya terasa sakit dikasari lelaki itu.  Tiada belaian lembut yang diterima. Sebaliknya kekasaran lelaki itu benar-benar menjerut rasa.  Terasa diri bukan seorang isteri. Sebaliknya perempuan murah yang langsung tidak berharga di mata lelaki itu. Air mata terus berjuraian jatuh. Mencengkam rasa di dada. Renungan yang tadinya marak dengan api kini kabur dengan air mata.  Dia, Nur Atiya Abbas sentiasa ditatang oleh keluarga tersayang. Dimanjakan ibu dan abah. Dipenuhi segala permintaan. Mana pernah dikasari begini. Lelaki itu manusia pertama! Pun begitu dia hanya mampu menghamun lelaki itu. Tidak berdaya mengubah nasib diri yang telah berakhir di tangan lelaki itu.  Hubungan yang sudah termaktub tidak mudah untuk diputuskan. Jika begitu mudah, untuk apa dia berada di sini? Apa perlunya mengorbankan diri di tangan lelaki itu?  “Beast, huh?” soal lelaki itu sinis. Dagu runcing sang isteri disambar kasar lalu didekatkan ke wajahnya. Air mata yang membasahi wajah indah itu terasa menyakitkan mata. Annoying!  Atiya cuba menepis tangan yang begitu berani mencengkam dagunya. Rasa sakit menular akibat tekanan dari jemari panjang yang langsung tidak dikawal lelaki itu.  “I can be more than that. Do you want to try?” Nada yang menggerunkan itu sekelip mata menghentikan tangisan seorang isteri. Senyuman sinis tersugil di bibir. Berpuas hati dengan reaksi itu.  Dia bingkas bangun. Melepaskan cengkaman di dagu runcing itu sebelum melangkah ke almari mencari pakaian lalu disarung ke tubuh sebelum menghilang dari pandangan.  Atiya menyembamkan wajah ke bantal. Kembali teresak lemah. Tangan tidak henti memukul bantal seolah bantal itu pula yang salah. Atau lebih tepat lagi membayangkan lelaki itu yang menjadi mangsa pukulannya.  “Beast!” Jeritan itu tenggelam di dalam kelam malam. Hanya mampu didengari diri sendiri. Tiada siapa yang memahami.  “BRO, kau buat apa kat sini?” soal Dafiz hampir terkejut beruk dengan kemunculan Huzer. Buntang mata memandang wajah kacak temannya itu. Mahu memastikan dia tidak tersalah orang.  Kalau hari-hari biasa dia boleh menghadam lagi kemunculan Huzer di sini walaupun jarang sekali lelaki itu sudi melepak di tempat begini biarpun dia selalu mengajak untuk berhibur bersama. Selalu benar ditolak.  Tetapi malam ini lelaki itu langsung tidak sepatutnya muncul. Apa yang berlaku?  Siang tadi dia melihat sendiri gadis yang menjadi pasangan Huzer di atas pelamin terhias indah. Cantik orangnya. Sempurna di mata. Cukup untuk meruntun nafsu

Bukan Mahuku

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz BUKAN MAHUKU RM25.00 Add to basket

Preview: Hanya Padamu Hannissa

Hanya Padamu Hannissa Bardrizal si pencinta wanita. Baginya wanita untuk digoda dan dijadikan koleksi.  Hannissa Amsyar si workaholic yang mengejar kerjaya. Lelaki pemalas tidak mungkin mendapat tempat di hatinya.  Si gadis tidak sudi memandang. Si jejaka dengan ego yang dijunjung tinggi. Tidak akan sekali-kali mengalah. Lalu siapakah yang bakal menang? Atau masing-masing kalah, hanyut terbuai dalam cinta yang tak berpenghujung? Penulis: Muna Mahira Terbitan: Permata Hiraz BELI E-NOVEL Prolog SETITIS air mata jatuh di pipi chubby si kecil. Tidak dapat menahan rasa sakit di tubuh bila dihukum tiba-tiba. Pergaduhan yang berlaku di antara adik dan abang berakhir dengan tubuh si adik dibalun tanpa belas oleh emak mereka.  Kenapa hanya dia yang dihukum sedangkan si abang yang lebih dulu mencari pasal?  Si kecil yang belum cukup matang mula mempersoalkan dunia. Terasa tiada keadilan di dalam hukuman yang diterima.  “Nissa tak salah,” omelnya menahan esakan yang hampir bergema. Bibir mungil si kecil tercebik, bergetar hiba.  “Tak salah kau cakap?” tengking si ibu membingitkan telinga yang mendengar. Si kecil menunduk takut. Tidak berani lagi bersuara. 8 tahun hidup berpijak di bumi ini, belum pernah lagi si ibu berpihak padanya. Hanya dia yang setia menjadi mangsa. Mengalah dalam setiap perkara.  Pun begitu, hati si kecil masih ingin memprotes. Ingin si ibu berpihak padanya. Melayannya sama seperti si abang dan adik. Salahkah?  “Aku tanya ni. Kau salah ke tak salah?!” tempik si ibu sekali lagi membalun tubuh si kecil. Mata memandang benci pada paras si kecil yang menyakitkan matanya.  Tubuh si kecil menggigil menahan sakit. Kepala terangguk-angguk mengakui salah yang dipasakkan seorang ibu ke atasnya. Tidak berdaya untuk memprotes. Bimbang tubuh sendiri yang merana.  Bagai tidak cukup dengan reaksi yang diterima, telinga si kecil dipiat kasar. Dan bicara yang keluar dari bibir si ibu mencarik hati seorang anak. “Kau dengar sini. Kau salah ke tak salah… anak aku tetap tetap tak salah. Faham?!”  Titis air mata yang cuba ditahan akhirnya laju membasahi pipi si kecil. Mencemar wajah yang kecewa dengan layanan seorang ibu.  Si ibu melangkah pergi meninggalkan si kecil teresak sendiri. Tidak kuasa mendengar tangisan yang menjelakkan baginya. Atau lebih tepat tidak sudi pun memandang si kecil yang menyakitkan mata.  Lagi jauh jarak tercipta lagi bagus. Tidaklah matanya terus terdera. Berani betul membuli anak kesayangannya! Si kecil yang ditinggalkan membenam wajah di lutut. Melayan hati yang lara. Rasa sepi menyelinap ke segenap ruang hati. Biar punya keluarga, dirinya bagai dipinggirkan.  Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?! Soalan itu memenuhi segenap ruang fikiran. Mempersoalkan segalanya. Malangnya tiada jawapan yang tiba. Tiada siapa datang menjelaskan apa-apa. Tiada! Bab 1 DINGIN malam menggamit kesayuan di hatinya. Semuanya telah lama dipendam. Tidak ingin diceritakan kepedihan hati kepada sesiapa. Lagipun siapalah yang sudi mendengarnya? Takut nanti membebankan mereka yang mendengar kisah hidupnya yang mungkin membosankan. Atau adakah kerana dia yang terlalu ego untuk menunjukkan diri sendiri sebenarnya hanya insan yang lemah? Hans tersenyum sumbing. Cuba menutup kepedihan hati. Tidak ingin kalah diamuk emosi. Dia gadis yang kental. Keras hati. Itu yang paling tepat. Tak mudah mengalah pada permainan perasaan.  Tidak pernah sekalipun dilihat orang dia menangis. Air mata itu sendiri itu seakan-akan gersang dilanda kemarau. Air mata umpama kriptonit yang mampu melemahkan diri. Itu prinsipnya. Dan dia bukannya seorang yang lemah. Tidak akan sesekali menjadi lemah. Tega menghadapi segala rintangan biar betapa payah pun. Dia selalu berteleku di bangku kayu yang terletak di belakang Kolej Melati itu. Disinilah segala kekusutan perasaan dilepaskan. Berbicara dengan angin malam. Mengharap bayu lembut itu membawa pergi segala masalah yang terbuku di dada.  ‘Cantiknya malam. Indahnya bintang. Alangkah bertuahnya aku andai bisa menjadi bintang yang menyerikan malam. Namun aku hanyalah insan yang tidak memberi erti pada sesiapa.’ Hans mengeluh sendiri. Puas melayan perasaan dia bingkas bangun. Lalu membalut tubuh yang semakin dicengkam kedinginan malam dengan sweater birunya.   Itulah rutin harian bila diri diamuk resah. Malam yang sunyi menjadi tempat mengadu. Tempat untuk meneliti kisah hidup. Hans melangkah longlai menuju ke bilik yang dikongsi bersama tiga lagi teman sekelasnya. WAWA yang sedari tadi asyik meneliti nota terhenti sejenak kala pintu bilik dikuak dari luar. Mata tertarik pada wajah teman sebilik yang kelihatan mendung. Kenapa? Apa pula yang membuatkan temannya itu berduka? Jarang hendak melihat wajah Hans begitu. Selalunya hanya muka ‘seposen’ sahaja yang ditayangkan. Ibarat topeng pula. Hans yang terasa diri diperhatikan segera menoleh ke arah Wawa. Terus wajah berubah ceria. Tidak mahu Wawa bertanya soalan yang bukan-bukan. Bukan dia tidak kenal Wawa. Gadis yang bermulut becok. Ada sahaja soalan yang akan diajukan nanti. “Kenapa dengan kau ni? Monyok semacam aku tengok,” soal Wawa.  “Hah, mana ada. Mata kau dah rabun ni,” bidas Hans tersengih-sengih menutup duka di hati. “Iyalah tu. Tak payah nak tipu. Tadi waktu kau masuk aje muka dah macam orang mati anak,” tukas Wawa tidak puas hati.  Temannya yang seorang ini sering berahsia. Jarang hendak membuka cerita. Selalu berlagak ceria. Namun apa yang ditunjukkan pada luaran tidak semestinya menzahirkan apa yang tersirat di dasar hati.  Memang Hans terkenal dengan sikap selamba dan ‘happy go lucky’. Tidak bermakna gadis itu langsung tidak punya masalah hidup. Mungkin Hans yang terlalu bijak menyembunyikan segalanya.   “Serius ni. Aku biasa aje. Kau ni mengarutlah. Weh, assignment Datin Maziah kau dah siapkan ke?” Hans mula mengubah topik. “Aku baru siapkan separuh. Lagi separuh aku nak tanya kaulah. Kau kan master ji aku. Tanpa kau macam manalah aku nak siapkan assignment Datin. Pening kot,” balas Wawa sambil tersengih-sengih. “Aku pun baru separuh jalan. Ni baru nak sambung balik.”  Hans mencapai kertas soalan di atas meja yang ditinggalkan separuh jalan dek gangguan telefon dari kampung. Dia masih lagi cuba menenangkan hati yang dibuai pilu. Dia tidak akan menangis. Tidak di hadapan Wawa atau sesiapapun. Tidak juga di hadapan diri sendiri. Tepat sahaja 5 hari bulan, telefon bimbitnya akan berbunyi menunjukkan panggilan dari kampung… “NISSA,” suara emak kedengaran di hujung talian. Tiada kemesraan di situ. Dingin.  Hans tersenyum hambar. Hatinya sedikit terguris. Bukan dia tidak biasa. Mungkin hatinya masih mengharapkan kelembutan suara itu. “Mak sihat?”  Sudah lama dia tidak mendengar khabar daripada emak. Sudah cukup sebulan. Bukan dia tidak mahu menghubungi emaknya. Namun panggilannya

Hanya Padamu Hannissa

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz HANYA PADAMU HANNISSA RM25.00 Add to basket

Shopping Cart
Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
error: Content is protected !!