enovel

Preview: Risik Pada Hati

Risik Pada Hati Bahagia tidak perlukan bukti. Bahagia tidak sesekali akan menjadi beban. Bahagia juga tidak bersyarat. Bahagia bukan tentang apa yang perlu kita pertahankan. Lebih dari itu, bahagia itu tentang apa yang perlu kita perjuangkan… RISIK PADA HATI Dimana bahagia itu sedang menanti? Di dalam jiwa-jiwa yang sentiasa bersyukur? Atau… Di dalam hati-hati yang sentiasa berteka-teki? Penulis: Hanni RamsulTerbitan: Teratak Kasih Publication BELI E-NOVEL Prolog ENTAH kenapa, canggung rasanya langkah, sebaik sahaja kaki melangkah ke hadapan rumah yang tersergam gah ini.  Kisah yang dikutip sejak dia  mula menjejakkan kaki di rumah ini, terasa masih kuat menghiris sekeping hatinya. “Mama hantar sampai sini saja ya, sayang.” Umar berpeluk tubuh sambil melentokkan kepala. Tanda protes. “Jom aaa, mama. Mama…maaa.” Dia tersenyum kelat. Wajah Umar dipandang bersama rasa yang bercampur-baur. Sedih dan sayu. Dia menjengah. Sepi. Kemudian dia pandang wajah Umar yang nampak berharap benar.  “Mama dah lambat sangat nak pergi kerja ni. Nanti,  mama call Umar. Okey?” Umar sudah separuh terlentok kepalanya. Ada rasa serba-salah tetapi, dia tahu dia tidak boleh lembut hati. Wajah Umar yang nampak sedikit kecewa itu, diusap lembut sambil mencium kedua-dua belah pipi anak itu. Lama kucupannya menandakan beratnya hati mahu berpisah dengan anaknya itu. Tetapi, apa kan daya. Kesempatan yang diperoleh ini pun sudah dirasakan sangat besar. Sekurang-kurangnya dia masih boleh bertemu dengan Umar setiap hujung minggu sekali. Sudah cukup untuk menghilangkan rasa rindu yang sebenarnya tidak pernah surut pun. “Tak bolehlah sayang. Mama nak kena pergi kerja dulu. Nanti kita jumpa lagi, ya?” Lambat-lambat Umar mengangguk. Berat hati, namun anaknya ternyata seorang anak yang patuh. Mendengar kata. Sekuntum senyum diukir sebelum dia memimpin tangan Umar menuju ke pintu pagar yang sedikit terbuka. Pegangan tangan dilepaskan. Tegak dia di situ menunggu Umar masuk ke kawasan rumah. “Aisya?” Dia kaku. Mendengar namanya dipanggil, dia mengangkat muka perlahan-lahan.  “Kenapa berdiri kat situ je? Marilah masuk.” Liur ditelan terasa pahit. Wajah tenang di hadapannya itu dipandang dengan rasa serba-salah. “Abah…” Dalam tidak mahu, dia tampil mendekat sambil menghulurkan tangan. Perlahan bersalaman dengan perasaan yang bercampur-baur.  “Masuklah dulu.” Laju dia menggeleng. “Aisya nak cepat ni. Dah lambat nak pergi kerja.” Haji Kasim tersenyum nipis. “Tak apalah. Dah sampai kan? Marilah masuk dulu. Takkan dah tak sudi nak jumpa kami lagi? Marilah masuk.” Sekali lagi dia menggeleng. Tidak terlintas rasa itu di hatinya. Cuma, dia tidak gagah untuk terus berada di sini. Biarlah dia terus jaga batasnya. Rumah besar ini, bukan tempatnya. Malah tiada ruang pun untuknya di sini “Kami ada buat salah ke, sampai Aisya langsung tak nak tengok muka kami dah?” Lebih laju gelengannya kali ini. “Tak. Jangan cakap macam tu, abah. Abah dengan umi tak ada salah apa pun pada Aisya. Janganlah cakap macam tu. Sedih Aisya dengar. Aisya dah lambat nak pergi kerja ni. Itu sebabnya. Tak ada sebab lain, abah. Lain kali Aisya singgah ya.” Senyum Haji Kasim sedikit melebar. “Abah tak percaya. Hari ni pun, ada depan rumah abah ni, sebab Husin tak dapat jemput Umar, kan?” Aisya diam. Tebakan bapa mentuanya itu sangat tepat. Kalau tidak kerana pemandu bapa mentuanya itu sedang bercuti, memang dia tidak akan jejakkan kaki di sini. “Umar… ajak mama masuk. Nenek ada kat belakang sana. Cakap dengan mama, ramai yang tunggu mama balik ke sini.” Muktamad. Haji Kasim berlalu. Dia tercegat. Perlukah dia akur? Sungguh dia tidak mahu berlama di sini. Bapa mentuanya yang sudah agak jauh melangkah, dipandang seketika. Sangat biadab rasanya kalau dia tidak patuh pada pelawaan itu. Perlahan dia menarik nafas. Mungkin dia boleh singgah menyapa seketika kemudian terus berlalu. Tidak lama. Cuma sebentar. Hati berbisik sendiri. Meyakinkan diri sendiri. “Mama?” Aisya tersentak. Umar sudah menghulurkan tangan. Dia mengukir senyum yang jelas dipaksa sebelum memaut jemari kecil milik Umar. Melangkah mengikut langkah yang diatur oleh Umar. Sambil itu matanya liar memerhati. Rumah ini tidak banyak berubah. Yang berubah cuma perabot dan susun aturnya. “Pat arrr maaa (cepatlah mama).” Aisya diam tidak menjawab. Cuma, dari jauh dia melihat Hajah Wardah sedang duduk menikmati sarapan barangkali di tepi kolam. “Nek!” Pegangan di tangannya terlepas sudah. Umar girang berlari mendapatkan neneknya.  Hajah Wardah yang menyedari kedatangan cucunya, terus bangkit bersama senyum lebar. Dari jauh mendepang tangan menanti Umar singgah ke pelukannya. Erat tubuh kecil itu dipeluk, sebelum dileraikan. Tersenyum pada cucu yang bijak tingkah lakunya. Tanpa disuruh, jemarinya ditarik lalu dikucup. “Rindunya nenek kat cucu nenek ni. Umar rindu nenek tak?” Umar tergelak sambil mengangguk. Aisya diam memandang. Langkah diatur lambat-lambat. “Umi…” Hajah Wardah mengangkat muka. Jelas wajah itu sedikit terkejut sebelum senyum lebar terukir di bibirnya. Aisya turut melarik senyum. “Aisya… lama sangat umi tak jumpa Aisya…” Aisya menghulur tangan, namun tangan yang terhulur dibiarkan sahaja kerana wanita itu terus menerpa dan memeluknya. Aisya kaku seketika. Erat pelukan Hajah Wardah bagai tidak mahu melepaskannya. “Rindunya umi…” Aisya tersenyum nipis sebaik pelukan terlerai. “Umi sihat?” “Macam nilah. Alhamdulillah. Aisya bukan ingat pada kami pun. Pergi tinggalkan kami macam tu saja, kan?” “Bukan macam tu umi…” kata-katanya terputus di situ.  Bukan macam tu? Kalau bukan begitu bagaimana pula? Memang dia yang ingin pergi jauh dari keluarga ini. Memang dia yang membuat keputusan untuk pergi. Hajah Wardah tersenyum. “Dah, tak payah cakap pasal ni lagi. Dah alang-alang sampai sini mari… temankan umi dengan abah sarapan.” tangan menantu ditarik lembut. “Aisya tak boleh lama ni. Memang datang sebab nak hantar Umar aje ni. Tadi abah call cakap dia tak berapa sihat nak jemput Umar.  Abang Husin pulak cuti, abah cakap. Jadi…” “Tak apalah. Dah sampai kan? Apa salahnya duduk sekejap,” belum habis kata-katanya Hajah Wardah sudah mencelah. Menarik lengannya menuju ke meja bulat di tepi kolam. Membuat dia semakin resah. Umar sudah diam di kerusi sambil mengunyah roti bakar. “Duduk.” Dengan perasaan serba-salah dia akur. Dalam rasa gundah dia tersentak sebaik mendengar satu suara memecah suasana pagi. Sayup-sayup tetapi suara itu begitu kuat menangkap tangkai jantung. Membuat jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.  Dia tahu suara itu milik siapa. Terdengar rungutan berbaur bebelan sesekali sampai ke hujung anjung luar rumah itu. “Hurmm… adalah yang dia tak jumpa cari tu. Sejak Aisya pergi, dah

Risik Pada Hati

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Teratak Kasih RISIK PADA HATI RM28.00 Add to basket

Preview: Aku Yang Menantimu

Aku Yang Menantimu Bahagia. Bertahun-tahun bibir mekar dengan senyuman indah. Bibir yang sentiasa membisikkan cinta dan setia pada nakhoda sebuah rumah tangga. Malang sekali bahagia itu cuma wujud di antara seorang isteri dan suami. Tiada kewujudan si kecil yang diharap-harapkan. Membuat dunia mereka terasa sepi. Tidak tahu di mana salahnya. Kenapa hingga ke hari ini mereka masih belum diberikan tanggungjawab itu untuk dipikul. Tidak layakkah mereka? Bila jawapan itu muncul, bersediakah mereka untuk berdepan dengan kebenaran? Akan hancurkah rumah tangga yang selama ini tidak pernah berantakan? Penulis: Muna Mahira Terbitan: Permata Hiraz BELI E-NOVEL Prolog SEHIDUP semati itu mungkin mustahil. Tapi selagi nyawa masih dipinjamkan Tuhan… Timi akan setia di sisi abang,” ucapku mengungkap janji. Indah kedengaran di telinga seorang suami.  “Setia? Cukup dengan setia, hurm?”  Suara garau sang suami berbisik lembut. Mempersoalkan kesudian seorang isteri untuk sentiasa berada di sisi suami yang menjadi pilihan hati.  “Tak cukup?”  Soalan kubalas dengan soalan. Senyuman mekar melata di bibir.  Berani benar dia mempersoalkan kesudian seorang isteri untuk kekal setia hingga ke hujung nyawa. Itu tanda cinta yang melata di hati ini. Sentiasa ingin bersama dia sampai aku menutup mata. Atau dia yang akan lebih dulu pergi. Tiada kepastian di situ. Yang nyata aku ingin meniti hari tua bersama dia.  Soal ajal dan maut menjadi satu misteri hingga tiba saat Izrail datang menjemput. Tiada siapa yang tahu.  “Abang mahukan lebih dari tu, sayang,” bisik dia lembut di cuping telingaku. Bisikan yang mampu menggetarkan sekeping hati. Buat bibir merekah sendiri.  “Hurm, apa lagi yang abang mahu?” soalku meletakkan jari telunjukku di dahi. Kononnya cuba berfikir. Menelah keinginan hati dia.  Apa lagi yang dimahukan dia? Segalanya sudah kuserahkan kepada dia. Jiwa dan raga.  Aku tak punya harta. Hanya sekeping hati dan tubuh untuk dimiliki seorang suami. Itu sahaja yang mampu kuberikan. Dan aku tahu itu sahaja yang dia mahukan.  Sang suami tersenyum penuh makna. Tidak memberi jawapan pada soalan itu. Sebaliknya kaki yang tadi menjejak lantai kini sudah tergantung di awangan dek tiba-tiba sahaja ditarik ke dalam rangkulan lelaki tinggi lampai itu.  Senyuman yang mekar di bibir bertambah mekar kala berada di dalam rangkulan hangat dia. Kepala kulentokkan di bahu lebar dia. Membiarkan dia membawaku ke tilam empuk.  Adakala tak semuanya perlu diungkap dengan kata-kata. Setiap sentuhan mampu menyampaikan apa yang berada di sekeping hati. Sentuhan yang mampu tembus ke dalam seluruh urat nadi.   Bulan yang mengambang penuh menjadi saksi perjalanan cinta aku dan dia. Menjadi saksi kehangatan asmara yang terus membara. Bab 1 “TAK nak balik, hurm?” soal dia lembut. Memahami apa yang bermain di hati seorang isteri ketika ini.  Aku mengangguk perlahan. Mengiakan bicara dia. Rangkulan di pinggang dia kukejapkan. Menunjukkan betapa aku ingin terus melekat di sisi dia.  Sungguh aku tidak mahu pulang. Masih ingin meneruskan percutian bersama dia. Menghabiskan masa berdua tanpa gangguan sesiapa.  Sepasang mata hitam membuang pandang ke lautan biru yang membawa kedamaian di hati. Mampu membuat manusia lupa tentang masalah kehidupan walau untuk seketika cuma. Membawa ilusi yang dunia ini begitu indah.  “We can come again,” tutur dia memujuk lembut.  Aku tersenyum tawar. Walau berat aku tahu aku tidak boleh mementingkan diri. Sedar akan tanggungjawab di bahu dia.  Dia sudah mengambil masa seminggu untuk membawaku bercuti. Meninggalkan syarikat yang dalam proses berkembang maju. Syarikat yang memerlukan perhatian si pemiliknya.  Terletus keluhan berat di bibir. Berat untuk kembali ke ibu kota.  “Okey. Abang kena ingat janji abang,” tingkahku tegas. Mahu dia sentiasa meletakkan aku di dalam perancangan dia. Jangan sampai terlupa hanya kerana syarikat yang berada di dalam keadaan genting bila semakin berkembang pesat.  Aku isterinya. Perlu berada di tangga tertinggi. Sebelum syarikat dia wujud, aku sudah lama berdiri di sisi dia.  Ya, dia bukannya pewaris syarikat. Dia merangkak dari bawah. Membina syarikat hasil dari titik peluh sendiri. Tidak mengharapkan bantuan sesiapa.  Syarikat yang semakin berkembang pesat usianya cuma setahun jagung. Terlalu mentah. Namun membawa keuntungan yang lumayan dek berada di tangan si pemilik yang hebat mengatur rancangan. Sentiasa mengikut jalan yang diatur tanpa gagal.  Dan ketika ini syarikat terlalu memerlukan dia bila mula mengembangkan sayap ke daerah lain. Sebelum dia benar-benar sibuk, dia membawaku bercuti. Tanda tidak pernah melupakan aku. Memikirkan itu buat senyuman kembali berbunga di bibir. Menjadi manusia tidak boleh terlalu tamak. Perlu bersyukur dengan apa yang dimiliki.  “Tak percayakan abang, hurm?” soal dia bersulam nada amaran.  Dia sama sekali tidak membenarkan keraguan timbul di hatiku. Mahu kutahu betapa dia mencintai aku. Betapa cinta dia tidak pernah berubah walau bertahun telah berlalu.  “Percaya. Percaya sangat,” tekanku tidak mahu dihukum dia. Kalau aku berani meragui, aku sendiri yang akan menerima padahnya.  Aku tidak mahu mengalami kesukaran untuk turun dari katil malam ini. Masih sayangkan kaki dan pinggang sendiri.   “Good girl.”  Jari telunjuk dia mendarat di hidung mancungku sebelum digantikan dengan bibirnya. Kemudian bibirku pula yang menjadi mangsa.  Aku tidak menolak. Malah membalas kucupan dia tanpa silu. Menikmati kemanisan berumah tangga. Menghangatkan malam-malam yang akan berlalu. Menjadi memori yang akan dikenang di kala usia semakin senja.   OH, MY BACK!!! Aku hampir menjerit nyaring kala melangkah turun dari katil. Mata menjeling tajam pada sang suami yang menjadi punca. Terlalu ‘mengganas’ hinggakan aku yang terpaksa menanggung ‘seksanya.’ Dia sudah siap membersihkan diri. Berdiri di pintu bilik air dengan hanya tuala putih di pinggang.  Titisan air di hujung rambut menghasilkan imej yang sangat menguja jiwa. Mampu membuat hati seorang isteri lari ritmanya. Malah buat aku pula yang terasa ingin menyerang.  Ish, miang! Kurenung seraut wajah kacak dia sebelum melorot turun ke tubuh berotot yang membuat liur terasa kecur tiba-tiba. Tubuh yang sentiasa mampu menggoda nafsu seorang isteri.  Namun kala memikirkan ‘serangan’ yang terpaksa kuhadap semalam, rasa miang menghilang begitu sahaja. Aku tidak mahu bermain dengan api. Yang terbakar tentunya diri sendiri.  Aku masih ingin berjalan secara normal. Masih sayangkan pinggang yang ingin digunakan bertahun-tahun lamanya. Lalu nafsu yang terusik kutenangkan kembali.  Tangan pantas mencapai tuala. Membiarkan baju tidur merah di tubuh melorot ke lantai sebelum membalut tubuh dengan tuala putih. Bersedia ke bilik air. Subuh masih panjang. Aku perlu bergegas membersihkan diri untuk sujud di sejadah. Menjalankan kewajipan

Aku Yang Menantimu

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz AKU YANG MENANTIMU RM18.00 Add to basket

Bukan Mahuku

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz BUKAN MAHUKU RM25.00 Add to basket

Preview: Hanya Padamu Hannissa

Hanya Padamu Hannissa Bardrizal si pencinta wanita. Baginya wanita untuk digoda dan dijadikan koleksi.  Hannissa Amsyar si workaholic yang mengejar kerjaya. Lelaki pemalas tidak mungkin mendapat tempat di hatinya.  Si gadis tidak sudi memandang. Si jejaka dengan ego yang dijunjung tinggi. Tidak akan sekali-kali mengalah. Lalu siapakah yang bakal menang? Atau masing-masing kalah, hanyut terbuai dalam cinta yang tak berpenghujung? Penulis: Muna Mahira Terbitan: Permata Hiraz BELI E-NOVEL Prolog SETITIS air mata jatuh di pipi chubby si kecil. Tidak dapat menahan rasa sakit di tubuh bila dihukum tiba-tiba. Pergaduhan yang berlaku di antara adik dan abang berakhir dengan tubuh si adik dibalun tanpa belas oleh emak mereka.  Kenapa hanya dia yang dihukum sedangkan si abang yang lebih dulu mencari pasal?  Si kecil yang belum cukup matang mula mempersoalkan dunia. Terasa tiada keadilan di dalam hukuman yang diterima.  “Nissa tak salah,” omelnya menahan esakan yang hampir bergema. Bibir mungil si kecil tercebik, bergetar hiba.  “Tak salah kau cakap?” tengking si ibu membingitkan telinga yang mendengar. Si kecil menunduk takut. Tidak berani lagi bersuara. 8 tahun hidup berpijak di bumi ini, belum pernah lagi si ibu berpihak padanya. Hanya dia yang setia menjadi mangsa. Mengalah dalam setiap perkara.  Pun begitu, hati si kecil masih ingin memprotes. Ingin si ibu berpihak padanya. Melayannya sama seperti si abang dan adik. Salahkah?  “Aku tanya ni. Kau salah ke tak salah?!” tempik si ibu sekali lagi membalun tubuh si kecil. Mata memandang benci pada paras si kecil yang menyakitkan matanya.  Tubuh si kecil menggigil menahan sakit. Kepala terangguk-angguk mengakui salah yang dipasakkan seorang ibu ke atasnya. Tidak berdaya untuk memprotes. Bimbang tubuh sendiri yang merana.  Bagai tidak cukup dengan reaksi yang diterima, telinga si kecil dipiat kasar. Dan bicara yang keluar dari bibir si ibu mencarik hati seorang anak. “Kau dengar sini. Kau salah ke tak salah… anak aku tetap tetap tak salah. Faham?!”  Titis air mata yang cuba ditahan akhirnya laju membasahi pipi si kecil. Mencemar wajah yang kecewa dengan layanan seorang ibu.  Si ibu melangkah pergi meninggalkan si kecil teresak sendiri. Tidak kuasa mendengar tangisan yang menjelakkan baginya. Atau lebih tepat tidak sudi pun memandang si kecil yang menyakitkan mata.  Lagi jauh jarak tercipta lagi bagus. Tidaklah matanya terus terdera. Berani betul membuli anak kesayangannya! Si kecil yang ditinggalkan membenam wajah di lutut. Melayan hati yang lara. Rasa sepi menyelinap ke segenap ruang hati. Biar punya keluarga, dirinya bagai dipinggirkan.  Kenapa? Kenapa? Dan kenapa?! Soalan itu memenuhi segenap ruang fikiran. Mempersoalkan segalanya. Malangnya tiada jawapan yang tiba. Tiada siapa datang menjelaskan apa-apa. Tiada! Bab 1 DINGIN malam menggamit kesayuan di hatinya. Semuanya telah lama dipendam. Tidak ingin diceritakan kepedihan hati kepada sesiapa. Lagipun siapalah yang sudi mendengarnya? Takut nanti membebankan mereka yang mendengar kisah hidupnya yang mungkin membosankan. Atau adakah kerana dia yang terlalu ego untuk menunjukkan diri sendiri sebenarnya hanya insan yang lemah? Hans tersenyum sumbing. Cuba menutup kepedihan hati. Tidak ingin kalah diamuk emosi. Dia gadis yang kental. Keras hati. Itu yang paling tepat. Tak mudah mengalah pada permainan perasaan.  Tidak pernah sekalipun dilihat orang dia menangis. Air mata itu sendiri itu seakan-akan gersang dilanda kemarau. Air mata umpama kriptonit yang mampu melemahkan diri. Itu prinsipnya. Dan dia bukannya seorang yang lemah. Tidak akan sesekali menjadi lemah. Tega menghadapi segala rintangan biar betapa payah pun. Dia selalu berteleku di bangku kayu yang terletak di belakang Kolej Melati itu. Disinilah segala kekusutan perasaan dilepaskan. Berbicara dengan angin malam. Mengharap bayu lembut itu membawa pergi segala masalah yang terbuku di dada.  ‘Cantiknya malam. Indahnya bintang. Alangkah bertuahnya aku andai bisa menjadi bintang yang menyerikan malam. Namun aku hanyalah insan yang tidak memberi erti pada sesiapa.’ Hans mengeluh sendiri. Puas melayan perasaan dia bingkas bangun. Lalu membalut tubuh yang semakin dicengkam kedinginan malam dengan sweater birunya.   Itulah rutin harian bila diri diamuk resah. Malam yang sunyi menjadi tempat mengadu. Tempat untuk meneliti kisah hidup. Hans melangkah longlai menuju ke bilik yang dikongsi bersama tiga lagi teman sekelasnya. WAWA yang sedari tadi asyik meneliti nota terhenti sejenak kala pintu bilik dikuak dari luar. Mata tertarik pada wajah teman sebilik yang kelihatan mendung. Kenapa? Apa pula yang membuatkan temannya itu berduka? Jarang hendak melihat wajah Hans begitu. Selalunya hanya muka ‘seposen’ sahaja yang ditayangkan. Ibarat topeng pula. Hans yang terasa diri diperhatikan segera menoleh ke arah Wawa. Terus wajah berubah ceria. Tidak mahu Wawa bertanya soalan yang bukan-bukan. Bukan dia tidak kenal Wawa. Gadis yang bermulut becok. Ada sahaja soalan yang akan diajukan nanti. “Kenapa dengan kau ni? Monyok semacam aku tengok,” soal Wawa.  “Hah, mana ada. Mata kau dah rabun ni,” bidas Hans tersengih-sengih menutup duka di hati. “Iyalah tu. Tak payah nak tipu. Tadi waktu kau masuk aje muka dah macam orang mati anak,” tukas Wawa tidak puas hati.  Temannya yang seorang ini sering berahsia. Jarang hendak membuka cerita. Selalu berlagak ceria. Namun apa yang ditunjukkan pada luaran tidak semestinya menzahirkan apa yang tersirat di dasar hati.  Memang Hans terkenal dengan sikap selamba dan ‘happy go lucky’. Tidak bermakna gadis itu langsung tidak punya masalah hidup. Mungkin Hans yang terlalu bijak menyembunyikan segalanya.   “Serius ni. Aku biasa aje. Kau ni mengarutlah. Weh, assignment Datin Maziah kau dah siapkan ke?” Hans mula mengubah topik. “Aku baru siapkan separuh. Lagi separuh aku nak tanya kaulah. Kau kan master ji aku. Tanpa kau macam manalah aku nak siapkan assignment Datin. Pening kot,” balas Wawa sambil tersengih-sengih. “Aku pun baru separuh jalan. Ni baru nak sambung balik.”  Hans mencapai kertas soalan di atas meja yang ditinggalkan separuh jalan dek gangguan telefon dari kampung. Dia masih lagi cuba menenangkan hati yang dibuai pilu. Dia tidak akan menangis. Tidak di hadapan Wawa atau sesiapapun. Tidak juga di hadapan diri sendiri. Tepat sahaja 5 hari bulan, telefon bimbitnya akan berbunyi menunjukkan panggilan dari kampung… “NISSA,” suara emak kedengaran di hujung talian. Tiada kemesraan di situ. Dingin.  Hans tersenyum hambar. Hatinya sedikit terguris. Bukan dia tidak biasa. Mungkin hatinya masih mengharapkan kelembutan suara itu. “Mak sihat?”  Sudah lama dia tidak mendengar khabar daripada emak. Sudah cukup sebulan. Bukan dia tidak mahu menghubungi emaknya. Namun panggilannya

Hanya Padamu Hannissa

Oops, Restricted Content We are sorry but this post is restricted to folks that have purchased this page. Permata Hiraz HANYA PADAMU HANNISSA RM25.00 Add to basket

Shopping Cart
Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support
error: Content is protected !!